Tuesday, 1 December 2015

makanan kegemaran saya

Nasi lemak ialah makanan kegemaran bagi ramai orang terutamanya saya.Nasi lemak ialah nasi yang dimasak dengan menggunakan santan bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Antara bahan-bahan lain yang dimasukkan semasa memasaknya ialah hirisan halia dan bawang merah.
Nasi lemak biasanya dimasak secara biasa atau dikukus. Nasi lemak akan dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng dan sambal. Kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk di antaranya ialah ayam goreng, ayam goreng berempah, sambal kerang atau sambal sotong mengikut pilihan selera masing-masing.
Nasi lemak amat mudah didapati. Ramai peniaga yang menjualnya sama ada di tepi-tepi jalan, warong-warong, restoran-restoran atau ‘kopitiam’. Berbagai cara digunakan untuk membungkus nasi lemak. Cara pembungkusan yang selalu digunakan adalah secara dimasukkan di dalam bekas ‘polystyrene’. Daun pisang selalunya digunakan untuk melapik nasi semasa dibungkus menggunakan plastik dan surat khabar. Ini memberi bau harum apabila hendak dimakan.
Kini nasi lemak bukan lagi menjadi sajian semasa sarapan pagi. Ramai orang menikmati nasi lemak sebagai makan tengah hari atau malam. Ia dianggap sebagai makanan segera kerana ia murah, mudah disediakan dan cepat untuk dihidangkan.
                                                              

No comments:

Post a Comment