Monday, 30 November 2015

Sukan kegemaran saya


Sukan permainan yang saya diminati ialah bola jaring. Saya mula aktif dalam sukan ini sejak darjah 4 sehingga tingkatan 5. Saya sering menjadi Goal-shooter dan Goal-attack . Permainan ini memerlukan strategi untuk memenangi perlawanan.Selain itu,saya harus mahir dalam kemahiran balingan,lontaran,dan ketangkasan untuk mendapatkan bola dari pihak lawan. Sukan ini juga memerlukan daya pemikiran ketika bermain untuk membawa bola tersebut untuk dijaringkan. Sukan ini juga menyuntik semangat berkumpulan dan semangat setia kawan. Dalam mencapai matlamat untuk menang,setiap orang harus mempercayai kebolehan antara satu sama lain. Peraturan dalam sukan ini lebih ketat berbanding bola keranjang walaupun permainan ini diubah suai dari sukan bola keranjang. Kemahiran asas dan nila-nilai yang dilatih dalam permainan ini telah menyebabkan saya meminati permainan.

                                 pasukan bola jaring Ungku Husin bawah 18 Tahun

No comments:

Post a Comment