Sunday, 29 November 2015

about myself

hai, entri kali ni saya hendak cerita tentang diri saya. mungkin cerita ini membosankan, jadi kalau anda rasa anda tidak mahu baca ataupun rasanya selepas baca akan rasa meluat tentang diri saya, saya sarankan anda gerakkan cursor anda ke hujung atas belah kanan dan tekan butang X.


1. NAMA SAYA

nama saya ialah Nor Fithriyyah. nama ini diberikan oleh pakcik saya yang tersayang yang membawa maksud 'FITRAH KEMANUSIAAN'.

saya suka nama saya, dan seharusnya semua orang suka nama masing-masing. saya lebih dikenali dengan panggilan 'FIT'. saya sukakan nama itu kerana ianya mudah dan terdapat di mana-mana tempat seperti minimum, minuman, mint dan sebagainya. oleh itu, jikalau sesiapa tersebut salah satu di antara perkataan tadi pasti akan teringat saya. mungkin.


2. MAKANAN KEGEMARAN 

saya sukakan apa sahaja yang sedap di makan. saya tidak makan sayur kecuali sayur yang berdaun seperti bayam. saya rasa saya cenderung untuk menjadi kambing tapi saya tidak kisah asalkan badan saya mendapat khasiat yang cukup.



3. TINGGI DAN BERAT

kali terakhir saya menimbang berat dan mengukur tinggi saya, berat saya sebanyak 48 kilogram. manakala tinggi saya pula 160 sentimeter. mengikut penimbang tersebut, berat dan tinggi saya merupakan bentuk badan ideal. Tetapi saya pelik kerana kawan-kawn saya tetap caka saya 'kurus kering' .


.


4. HOBI

hobi saya ialah melukis , membaca buku , dengar lagu dan juga bersiar-siar pada waktu petang . Bagi saya , hobi saya itu mungkin boleh menghilangkan rasa bosan dalam diri saya ini dan boleh mengisi masa lapang saya daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah.


5. WARNA KEGEMARAN

saya sukakan warna yang menangkap mata ataupun eye catching. tidak kisah kuning, hijau ataupun lain-lain warna. tetapi tidak bermakna saya suka menarik perhatian orang. ianya adalah kerana warna-warna tersebut menampakkan kesegaran dan keriangan saya sebagai remaja.


tetapi saya tidak pernah ada barang yang berwarna kegemaran saya. saya cuma menggemarinya dan tidak semestinya kita dapat apa yang kita suka bukan?


6. MUZIK 

jenis muzik atau lagu yang saya suka adalah yang bergenre sentimental slow. saya lebih menggemari lagu 80-an berbanding llagu sekarang yang tidak memberi apa-apa makna dan menjerit saja lebih.

saya sukakan lagu yang memberi saya inspirasi dan membawa makna sesuatu kepada saya. bagi saya, lagu boleh mengubah seorang yang sedih menjadi gembira, seorang yang marah menjadi tenang. tetapi setakat ini saya belum pernah dengar lagu yang mengubah seorang normal menjadi gila.



di atas adalah contoh lagu yang saya suka. dia bukanlah penyanyi asal tetapi versi dia sangat menarik.

saya juga sukakan muzik yang terhasil dari bunyi piano kerana ianya sangat menenangkan. namun begitu, saya tidak pandai bermain piano dan tidak terniat hendak belajar piano. hanya suka mendengar sahaja.

saya sangat suka mendengar muzik melalui mp3/mp4/ipod tetapi saya tidak ada salah satu pun daripadanya. sekali lagi, bukan semua benda yang kita suka mesti kita ada bukan? tetapi saya menginginkannya.

angah telah membeli gitar untuk harijadi saya walaupun tarikhnya lambat lagi, saya sangka dia akan membeli saya alat mendengar lagu, gitar yang dibelinya juga tidak menepati citarasa saya. saya mahukan gitar hitam mati penuh. mungkin angah yang sedang membaca ini sedang menyumpah seranah memaki saya tidak bersyukur. hai angah.


7. TAKUT

saya takut mati, itu pasti.


saya juga takut kepada ulat gonggok.Ini kerana ketika saya kecil ulat gonggok pernah masuk ke dalam telinga saya.

Selain itu , saya takut berjumpa orang baru, takut tempat baru, takut dengan semuanya yang baru. saya takut orang tidak boleh menerima dan tidak mahu berkawan dengan saya. oleh itu, bakal kawan-kawan saya di tempat belajar saya nanti, sukalah saya ya, nanti saya takut. ini bukan paksaan .

9. IMPIAN

Impian saya cuma satu. saya ingin menggembirakan ibubapa saya dan memastikan mereka hidup gembira dan senang di masa tua mereka. saya ingin mengumpul duit dan menghantar mereka menunaikan haji, membelikan rumah banglo yang sangat besar untuk mereka dan juga memastikan semuanya cukup untuk mereka.


bahagiakan orang tua di atas ini? saya berharap ibu bapa saya akan gembira seperti mereka di kala tua nanti, tetapi tidaklah dengan umi saya memakai bikini.


saya juga mengimpikan untuk mengililingi seluruh dunia  selepas suami saya nanti mati dan saya sudah pencen. mungkin gara-gara terpengaruh dengan cerita barat.


10. FALSAFAH

saya bukanlah berfalsafah orangnya tetapi saya tidak tahu tajuk apa yang sesuai untuk diletak.

bagi saya, sebagai seorang manusia, kita haruslah mempunyai sifat MENOLONG dan MEMAAFKAN. jika kita mempunyai dua sifat ini, insyAllah hidup kita sebagai manusia yang berbudi pekerti akan berjalan lancar.

saya berpegang kepada 2 perkataan itu di dalam hidup saya tetapi hidup saya tidak lah seindah mana tetapi saya bahagia dengan hidup saya.


11. TIDUR

saya mempunyai tabiat yang jarang tidur pada waktu malam . saya kurang tidur apabila badan saya terlalu letih .
tabiat itu berpanjangan sehingga sekarang dan saya amat mengkhuatirinya. saya amat menitik beratkan soal tidur. bagi saya, saya mesti mempunyai tidur yang cukup iaitu selama 8 atau 9 jam. setiap kali saya bangun tidur, saya akan mengira tempoh saya tidur berapa lama. jika belum cukup kuota, saya akan menyambung tidur semula.
kadangkala ianya berlanjutan sehingga pagi

12. KAWAN

saya suka berkawan dengan sesiapa sahaja . tetapi saya hanya akan rapat dengan mereka yang boleh terima perangai saya . saya juga tidak kisah kepada mereka yang tidak suka berkawan dengan saya . saya mempunyai pendirian saya yang tersendiri iaitu saya tidak akan bertegur dengan orang kalau mereka tidak menegur saya dulu . mungkin saya nampak seperti sombong tapi hakikat nya saya seorang yang peramah .



konklusinya di sini, anda bosan bukan dengan cerita saya? saya sudah pesan awal tadi jangan baca, jadi bukan salah saya. di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PUAN SALMAH yang mengajar saya bahasa malaysia ketika di tingkatan 5 dengan penuh semangat walaupun saya kurang bersemangat. dengan tunjuk ajar beliau saya berjaya membina karangan tentang diri saya dengan penuh tatabahasa. sekarang baru saya tahu kegunaan belajar bahasa malaysia.

No comments:

Post a Comment